Selamat Ulang Tahun Dato’ Sri Siti Nurhaliza @ctdk Ucapan penuh daripada Tun Dr Mahathir Mohamad sempena ulang tahun kelahiran Dato’ Sri Siti Nurhaliza, sarat dengan kata-kata penuh makna, doa dan kasih sayang. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tun, ayahanda kesayangan, atas ingatan serta doa yang tulus buat Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Semoga setiap patah kata yang dilafazkan menjadi penguat semangat, penenang jiwa dan keberkatan yang berpanjangan. Didoakan agar Tun sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. #sitinurhaliza